KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa UMNO dan ahli politik UMNO menerima wang perolehan haram daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah dibuktikan berdasarkan jejak kewangan akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pendakwa Raya Liew Horng Bin berkata ini berdasarkan akaun Ambank Najib bernombor 9694 dan 1880, serta akaun AmIslamic bernombor 1906 dan 1898.
“UMNO dan ahli politik UMNO menerima wang perolehan haram yang boleh dikesan berasal daripada 1MDB dan mereka merupakan penerima utama daripada penyelewengan ke atas 1MDB. Namun, apabila puluhan juta ringgit dibayar, sama ada menerusi cek atau secara debit, daripada akaun peribadi Najib kepada UMNO dan sekutunya, pastinya ada yang tidak kena.
“Tidak mungkin Datuk Seri Najib mempunyai sumber yang tidak kehabisan untuk menampung pembiayaan ‘lohong hitam’. Pasti ada yang bertanya ‘dari mana Najib peroleh wang beliau?’,” katanya, menambah Najib memegang beberapa jawatan - iaitu sebagai perdana menteri, menteri kewangan, presiden UMNO dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang mempunyai kuasa mutlak ke atas sebarang keputusan perniagaan 1MDB.
Liew berkata demikian pada pendengaran permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, di hadapan hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44.
UMNO dan Najib merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu. Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.
Liew juga berhujah memandangkan telah ditunjukkan bahawa UMNO dan sekutunya adalah penerima wang yang diselewengkan daripada 1MDB, berdasarkan rekod perbankan yang tidak boleh dipertikaikan, adalah tidak munasabah untuk mencadangkan bahawa UMNO tidak mengetahui sumber haram wang yang diterima.
“Kelakuan UMNO dan sekutunya menganjurkan kes tipikal sengaja membutakan mata. Memang jelas UMNO tidak berbuat apa-apa untuk menghalang penggunaan wang yang diperoleh daripada 1MDB itu. Sebaliknya, UMNO dengan bebas dan secara diam-diam menyetujui perbelanjaan wang yang diterima daripada 1MDB menerusi akaun Ambank Najib bernombor 9694 dan 1880, serta akaun AmIslamic 1906 dan 1898.
“Walau macam mana kita tengok sekalipun, tidak boleh dinafikan bahawa UMNO terlibat sama dalam perkara ini. Penglibatan mereka bersekongkol dalam pengubahan wang haram yang boleh dikesan berasal daripada 1MDB melangkaui keraguan,” katanya.
“Atas sebab itu, mahkamah tidak harus bersetuju dengan hujah UMNO bahawa ia tidak peduli jika wang yang dirampas itu boleh dijejaki berasal daripada dana yang diselewengkan daripada 1MDB, atau, mana-mana salah laku, sedangkan banyak bukti yang jelas menunjukkannya,” kata Liew, menambah dakwaan Najib bahawa wang tunai yang disita merupakan sumbangan politik kepunyaan UMNO bercanggah dengan bukti daripada UMNO.
Liew berkata bekas perdana menteri itu juga gagal mendedahkan identiti penyumbang derma tersebut bagi menyokong dakwaannya.
“Jawapan dolak-dalik yang diberikan oleh Najib dalam pernyataan saksinya, laporan polis beliau serta adavit yang difailkan bagi prosiding ini berkaitan wang tunai yang dirampas, hanya menyimpulkan bahawa wang tersebut adalah hasil daripada kegiatan haram,” katanya.
Sementara itu, Liew berkata ketika serbuan dijalankan, writ penyitaan tidak hanya diserahkan kepada Najib tetapi juga kepada Obyu selaku pemilik hartanah di mana barangan itu dirampas, iaitu di Pavilion Residences.
“Ketika peringkat siasatan, Najib mengatakan bahawa wang yang disita merupakan sumbangan politik yang beliau pegang atas amanah sebagai presiden UMNO ketika itu. Namun dakwaan beliau bercanggah dengan kenyataan pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Semua pemegang jawatan pimpinan tertinggi UMNO yang ditemu bual semasa siasatan menafikan wang tunai itu milik UMNO.
“Sebaliknya, pemilik Pavilion Residences, Obyu Holdings mendedahkan barangan yang dirampas tersebut kepunyaan Datuk Seri Najib dan keluarganya. Dalam keadaan sebegitu, tidak ada cara untuk mengetahui siapa pemilik wang tunai yang dirampas itu,” katanya.
Hakim menetapkan 20 Mei ini untuk menyampaikan keputusannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021
Liew berkata bekas perdana menteri itu juga gagal mendedahkan identiti penyumbang derma tersebut bagi menyokong dakwaannya. - Gambar fail/ Bernama
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Badan Peguam gagal cabar pengurangan penjara dan denda Najib
Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati permohonan Badan Peguam, tidak boleh diputuskan oleh mahkamah atau melalui prinsip undang-undang.
Isu tahanan di rumah, Titah Adendum hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan akta tahanan di rumah dan Titah Adendum yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menghangatkan sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.