Jejak Jho Low: 'Silakan Hishammuddin, tapi bukan jadi wakil saya' - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 25, 2018 17:30 MYT
TUN M: 'Saya tidak memberi sebarang tawaran. Jika beliau hendak lakukannya, beliau boleh buat.' - Gambar fail
Tun Dr Mahathir Mohamad, mengalu-alukan hasrat bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengesan Jho Low.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan ia tidak bererti Hishammuddin menjadi wakil beliau atau kerajaan Malaysia dalam urusan tersebut.
“Saya tidak memberi sebarang tawaran. Jika beliau hendak lakukannya, beliau boleh buat. Saya tidak perlu meminta beliau untuk menjadi wakil saya atau apa-apa pun,” ujar beliau pada sidang media bersama wakil media Malaysia, mengakhiri lawatan dua hari di Thailand hari ini.
BACA: 'Saya akan cari Jho Low sampai ke lubang cacing' - Hishammuddin
Pada Isnin lalu, Hishammuddin menawarkan diri untuk menjejaki ahli perniagaan itu sehingga ke lubang cacing bagi memastikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan segera.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #China #Hishammuddin Hussein #Jho Low #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #Thailand
;