Jeffrey rancang gazet 31 Ogos sebagai Hari Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Julai 2, 2021 16:31 MYT
Katanya, dalam kata lain, Sabah mahukan apa yang dimiliki Sarawak. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Satu kertas kerja kabinet untuk menjadikan 31 Ogos setiap tahun sebagai Hari Sabah telah disiapkan sebelum dikemuka dan digazetkan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan optimis, usaha untuk menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos itu dapat dirai menjelang tahun depan.
Beliau yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menjelaskan, parti itu sentiasa menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos sebagai acara tahunan STAR.
“STAR selalu menyambut Hari Sabah. Sebilangan orang berpendapat tidak perlu cuti umum lagi kerana 31 Ogos sudah menjadi cuti umum. Namun, itu bukan isunya.
“Kami ingin mengiktiraf 31 Ogos sebagai Hari Sabah untuk meraikan hari kemerdekaan kami, bukan Hari Kebangsaan yang menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu.
"Dalam kata lain, kita mahukan apa yang dimiliki Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Namun, Jeffrey berkata pewartaan penting seperti ini memerlukan sokongan sebulat suara daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang tidak dapat bersidang buat masa ini disebabkan prosedur operasi standard (SOP) serta proklamasi darurat.
#Hari Sabah #gazet #Jeffrey Kitingan #kemerdekaan Sabah #Presiden STAR #Parti Solidariti Tanah Airku
;