JBPM tetap usaha cari peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang
Astro Awani
Mac 30, 2019 18:36 MYT
Mac 30, 2019 18:36 MYT
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan operasi mencari dan penyelamat peserta larian yang hilang ketika menyertai acara larian lasak, Gopeng Ultra Trail (GUT), di kawasan Gua Tempurung, Perak.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pencarian itu akan dilaksanakan dalam skala yang kecil.
Jelasnya pihaknya akan berusaha mencari mangsa dengan menggunakan kaedah dan kemahiran yang dimiliki pasukan itu.
“Kita tetap teruskan (pencarian) walaupun ada antara multi agensi dah berhenti (mencari). Cuma adakalanya pada masa tertentu, (kawasan itu) tak boleh masuk, dilarang,” ujar Mohammad Hamdan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur-unsur mistik.
Sabtu lalu, Mohammad Ashraf Hassan, 29, dipercayai hilang ketika mengambil bahagian di dalam Gopeng Ultra Trail sejauh 25km yang bermula dan berakhir di Gua Tempurung.
Kehilangannya masih menjadi misteri meskipun hanya botol air digunakannya ditemui, namun pasukan sar masih belum menemui petunjuk lain untuk menjejaki mangsa.
#anggota bomba
#Gopeng Ultra Trail
#JBPM
#mencari dan menyelamat
#Mohammad Ashraf Hassan
#Mohammad Hamdan Wahid
#peserta larian hilang
#SAR