PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Jumaat menerima enam peralatan pengesanan bahan kimia dari jarak jauh bernilai RM10.2 juta sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, aset baharu itu termasuk kenderaan Long Range Detector Vehicle yang dipasang dengan Scanning Infrared Gas Imaging System (SIGIS2) yang mampu mengesan kehadiran gas dari jarak jauh.
Beliau berkata, aset-aset berkenaan akan meningkatkan tahap kecekapan operasi unit Hazmat JBPM terutamanya dalam mengesan kebocoran atau tumpahan bahan kimia dengan pengesanan awal bahan itu akan mempercepat proses evakuasi di kawasan yang berpenduduk.
Beliau berkata, aset-aset berkenaan juga akan digunakan untuk operasi pengendalian tumpahan bahan kimia berbahaya, menangani kebocoran radiasi, memadam api yang mempunyai unsur kimia berbahaya dan menangani pendedahan kimia, biologi dan nuklear (CBRNe).
"Pemberian aset berkenaan tepat pada masanya dengan pertambahan pembinaan kilang-kilang menggunakan bahan berbahaya dan banyak operasi yang melibatkan kejadian tumpahan bahan berbahaya kebelakangan ini," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM, di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, JBPM juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan lain dari segi penggunaan aset itu bagi membantu mempermudah operasi penyelamat membabitkan gas atau bahan kimia berbahaya terbabit.
Sementara itu, Ketua Pengarah Nadma, Datuk Khairul Shahril Idrus yang menyerahkan aset berkenaan berkata, pihaknya akan melengkapkan keperluan operasi menyelamat bagi semua agensi keselamatan termasuk yang membabitkan kebocoran dan tumpahan bahan berbahaya itu.
"Kita dapati sebelum ini tidak ada peralatan untuk mengkaji dan menyiasat insiden berkaitan gas berbahaya, berdasarkan insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada 2019," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Wahab menyasarkan sebuah universiti awam yang mempunyai pengkhususan dalam bidang pengajian kebombaan dan penyelamatan diwujudkan dalam tempoh lima tahun.
Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha ke arah itu melalui institusi latihan jabatan iaitu Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), yang perlu ditransformasikan terlebih dahulu unutk menjadi sebuah pusat latihan kebombaan dan penyelamatan yang disegani dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
"Kita telah memperoleh sijil akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk dua program yang ditawarkan di akademi itu.
"Rancangan kita untuk menubuhkan universiti awam khusus dalam bidang kebombaan supaya dapat memberi peluang kepada orang awam yang berminat mengikuti kursus dalam bidang itu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melihat peralatan terbaharu yang diterima jabatan itu bagi membantu memudahkan operasi penyelamat membabitkan gas atau bahan kimia berbahaya. - Gambar Bernama
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Ini caranya untuk miliki rumah pertama tanpa bayaran duit muka
Misi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah memastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.
Pemandu, kelindan maut lori jatuh gaung
Mangsa pertama telah dibawa keluar dari kenderaan itu pada 7.47 pagi tadi manakala mangsa kedua pada 9.30 pagi.
Warga emas jatuh sungai cari durian ditemukan lemas
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi Isnin lepas mangsa telah jatuh daripada perahu dan dihanyutkan arus deras sungai.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital
Pesakit mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit dan muntah berlarutan selama enam hari.
287 kematian akibat lemas, angka yang membimbangkan - KP Bomba
Daripada jumlah 287 kes kematian itu, mangsa paling ramai melibatkan lingkungan umur 20 hingga 39 tahun iaitu 38%.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.