Jayakan vaksinasi Malaysia: Hishammuddin hargai sumbangan China, Jepun

Astro Awani
Jun 16, 2021 09:07 MYT
Menurut Hishammuddin, China telah bersetuju menyumbang 500,000 dos SinoVac-CoronaVac, sementara Jepun berhasrat menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di negara itu ke Malaysia. - Foto H2O Images
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada China dan Jepun kerana membantu Malaysia dalam proses pemerolehan dan menyumbang vaksin untuk rakyat Malaysia.
Dalam dua kenyataan berbeza, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berterima kasih kepada dua rakan sejawatnya, Wang Yi dari China dan Motegi Toshimitsu dari Jepun.
Katanya, China telah bersetuju menyumbang 500,000 dos SinoVac-CoronaVac, sementara Jepun berhasrat menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di negara itu ke Malaysia.

Press Statement by FM Dato' Seri @HishammuddinH2O : Malaysia-The Peoples Republic of China cooperation on COVID-19 Response@KamarudinJaffar @IkramShahrul @amran_zin @NadzirahO @H2OComms @KKMPutrajaya @JPenerangan @bernamadotcom pic.twitter.com/71lD9Y0bnL

— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) June 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Malaysia sangat menghargai sokongan yang tidak ternilai yang diberikan oleh China. Menerusi inisiatif terbaharu ini, Malaysia berharap hubungan yang erat dan mesra akan diperkukuh untuk faedah bersama kedua-dua negara.
"Ini merupakan langkah signifikan melibatkan hubungan Malaysia-Jepun demi faedah kedua-dua negara. Malaysia sangat menghargai sokongan tidak ternilai yang diberi oleh Jepun, kerjasama kukuh bersama sepanjang pandemik ini," katanya dalam kenyataan media.

Press Statement by FM Dato' Seri @HishammuddinH2O : Malaysia - Japan cooperation on COVID-19 Response@KamarudinJaffar @IkramShahrul @amran_zin @NadzirahO @H2OComms @KKMPutrajaya @JPenerangan @bernamadotcom pic.twitter.com/PZVYsz3Ewx

— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) June 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas Hishammuddin, sumbangan serta inisiatif tersebut akan mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pada Selasa, kerajaan Jepun mengumumkan akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di negara itu kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.
Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, Toshimitsu memaklumkan vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan.
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #AstraZeneca #Hishammuddin Hussein #Sinovac #Jepun #China #negara sumbang vaksin #program vaksinasi #pandemik #COVID-19 #wang yi #Motegi Toshimitsu