Jayakan muzakarah UMNO-PAS - Penganalisis
Ashwad Ismail
November 25, 2013 18:35 MYT
November 25, 2013 18:35 MYT
Dua parti terbesar orang Melayu perlu mengorak langkah segera dengan menggariskan isu-isu pokok melibatkan sosio-politik negara untuk dibincangkan bersama.
Ia sebagai usaha untuk menjayakan muzakarah dua parti, PAS & UMNO.
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Dr. Martadha Mohamed berhujah demikian sebagai mengulas kesediaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bermuzakarah dengan seteru tradisinya, UMNO.