Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen forum terbaik pantau kementerian

Bernama
Februari 21, 2024 20:03 MYT
Fahmi berkata konsep Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebenarnya memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen, serta dianggotai oleh semua Ahli Parlimen daripada pelbagai parti. -Bernama
PUTRAJAYA: Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan di Parlimen merupakan forum terbaik untuk memantau perjalanan setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan berbanding Kabinet bayangan yang dibentuk Perikatan Nasional (PN), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata konsep Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebenarnya memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen, serta dianggotai oleh semua Ahli Parlimen daripada pelbagai parti.
"Saya saran kepada rakan di PN untuk berkhidmat dengan baik melalui Jawatankuasa Pilihan Khas yang boleh bersidang bila-bila masa. Itu cara yang sudah ada dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
PN pada Feb 2023 mengumumkan pembentukan barisan 'Kabinet' bagi menyelaras pengurusan parti-parti sebagai pembangkang di Parlimen, dan terkini pada 8 Feb lepas PN mengumumkan lima barisan Ketua Portfolio baharu dalam 'Kabinet Bayangan'.
-- BERNAMA
#Fahmi Fadzil #Jawatankuasa Pilihan Khas #Kerajaan Perpaduan #kabinet bayangan