Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 bermesyuarat kali pertama
Harits Asyraf Hasnan
Februari 18, 2021 20:02 MYT
Februari 18, 2021 20:02 MYT
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 telah bermesyuarat buat kali pertama hari ini dengan kehadiran semua 19 ahli jawatankuasa tersebut.
Pengerusinya, Tun Arifin Zakaria yang juga bekas Ketua Hakim Negara dalam satu kenyataan berkata, tiga pembentangan telah dimaklumkan kepada mesyuarat.
"Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berhubung Pengurusan Darurat.
"Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan berhubung Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berhubung Status Penularan Wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang itu diadakan secara fizikal di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya serta secara sidang video.
Ariffin turut memaklumkan mesyuarat jawatankuasa itu yang seterusnya adalah dijadual pada 23 Februari depan.
BACA: Pelantikan ahli Jawatankuasa Bebas Darurat daripada pelbagai latar belakang, bertepatan - Pakar
#ismail sabri yaakob
#Takiyuddin Hassan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#undang-undang
#kesihatan
#Parlimen
#Jawatankuasa Khas Bebas Darurat