Jatuh longkang: Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan pagi ini

Bernama
September 27, 2021 10:18 MYT
Kanak-kanak perempuan ditemui lemas di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam, hari ini. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor/Sinar Harian
SHAH ALAM: Mayat mangsa lemas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom dekat sini semalam telah ditemukan pagi ini.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata mayat mangsa ditemukan orang awam di dasar longkang dengan jarak 15 meter dari tempat mangsa dipercayai jatuh, pada pukul 8.42 pagi.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan dikhuatiri hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang pada 6.18 petang semalam.
-- BERNAMA
#jatuh longkang #Kampung Baru Hicom #Mayat kanak-kanak perempuan #mati lemas
;