JASNS keluar 20 kompaun berjumlah RM40,000 terhadap 17 premis
Bernama
Jun 24, 2022 18:21 MYT
Jun 24, 2022 18:21 MYT
SEREMBAN: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) mengeluarkan 20 kompaun berjumlah RM40,000 ke atas 17 premis yang gagal mematuhi Akta Alam Sekeliling 1974.
JASNS dalam kenyataan memaklumkan ia merupakan hasil Op Gempur selama tiga hari bermula 21 Jun lepas yang dilaksanakan oleh 15 pegawai penguat kuasa dengan membuat pemeriksaan ke atas 17 premis di kawasan Perindustrian Senawang.
"Kesemua premis yang tidak mematuhi peraturan dikenakan 11 notis arahan serta 20 kompaun bernilai RM40,000.
"Hasil daripada operasi ini, premis didapati melanggar perundangan alam sekitar akan dipantau lebih kerap dan dikehendaki melaksanakan serta membuktikan langkah-langkah pembaikan yang diambil dengan kadar segera," menurut kenyataan itu.
JASNS tidak berkompromi dengan mana-mana pihak terutama industri dalam memastikan operasi premis mereka sentiasa mematuhi kehendak perundangan dan kepentingan alam sekitar ditetapkan.
-- BERNAMA