Jasad Jamaluddin Jarjis akan disemadikan di Makam Pahlawan

Astro Awani
April 5, 2015 03:40 MYT
Jasad Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akan disemadikan sebelum solat Asar di Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini.
Jasad Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akan disemadikan selepas solat Asar di perkarangan Makam Pahlawan, Masjid Negara, hari ini.
Sebelum disemadikan, jenazah Allahyarham akan dimandikan di Hospital Kuala Lumpur disolatkan di Masjid Taman TAR, Ampang.
Selepas disolatkan, jenazah akan dibawa ke rumah arwah di The Mines, sebelum dibawa ke Masjid Negara.
Sebelum ini, jasad kedua-dua mereka yang terkorban dalam tragedi helikopter di Semenyih semalam telah disahkan.
Pejabat Akhbar Perdana Menteri menerusi laman Twitternya berkata, jasad kedua-dua mereka akan dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk urusan pengebumian pagi ini.

Alhamdulillah, jasad TS Jamaluddin Jarjis & Dato' Azlin Alias telah dikenalpasti & akan di bawa pulang ke rumah untuk pengkebumian pagi ini

— Msia PM Press Office (@PMOMalaysia) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam insiden semalam, Sebuah helikopter awam yang dinaiki oleh enam orang termasuk Jamaluddin dan ketua setiausaha sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada jam 4.55 petang dipercayai ketika hujan dan angin kencang.
Menurut kenyataan media Kementerian Pengangkutan,empat yang lain ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Razakan B Seran, dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.
Helikopter tersebut adalah milik IGB Corporation dan di bawah operasi Cempaka Aviation.
Polis telah mengesahkan kesemua mangsa maut dalam tragedi tersebut.
#Azlin Alias #Jamaluddin Jarjis #Pejabat Akbhar Perdana Menteri