JAS Selangor kesan tumpahan minyak pelincir di Sungai Gong punca loji air ditutup operasi
Astro Awani
September 1, 2013 09:49 MYT
September 1, 2013 09:49 MYT
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor telah menjalankan siasatan segera ke atas empat loji rawatan air (LRA) tersebut.
Hasil siasatan mendapati kesan minyak tersebut berpunca daripada tumpahan minyak pelincir terpakai SW 305.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata pembuangan minyak itu menyebabkan kesan minyak ketara terhadap Sungai Gong yang akhirnya telah memasuki Sungai Selangor.
Ia sekaligus mengakibatkan empat loji air di Rantau Panjang dan Bukit Badong ditutup operasinya sementara pada Jumaat.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.