Jaring keselamatan mula dipasang di setiap PPR Kuala Lumpur

Astro Awani
Januari 21, 2018 16:25 MYT
Kanak-kanak meluangkan masa dengan beriadah di sekitar PPR Sri Pantai, Pantai Dalam pada Sabtu. Pemasangan CCTV di 48 kawasan PPR di ibu negara juga akan dilaksanakan awal bulan depan dalam usaha memantau sebarang salah laku. - BERNAMA
Kerja-kerja pemasangan jaring di Projek Perumahan Rakyat PPR di Kuala Lumpur sedang giat dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ia merupakan sebahagian usaha kerajaan mempertingkatkan keselamatan penghuni PPR.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu adalah bagi memastikan kejadian remaja lelaki maut ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Sri Pantai di sini minggu lalu tidak berulang.
Jelasnya, ia merupakan kes kematian pertama seumpamanya tetapi tindakan membuang barang dari tingkat atas bangunan sudah berkali-kali berlaku.
"Itu kita akan ambil tindakan dan kita juga telah putuskan supaya jaring-jaring yang tertentu sahaja akan dipasang di PPR.
"Sesetengah tempat pun bermula proses pemasangan dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan DBKL." jelasnya.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini.
Menurutnya pemasangan itu merangkumi 494 blok PPR sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan kira-kira 80,000 unit rumah.
Mengulas lanjut pihaknya akan mengadakan sesi penerangan yang lebih terperinci dilakukan oleh agensi seperti DBKL kepada penghuni berkenaan peraturan di PPR terbabit.
BACA: Tragedi baling kerusi: "Sebaik berpusing, otak dia jatuh dalam tangan saya" - Ibu mangsa
BACA: Tragedi Blok 102: Kerusi 'maut' ada di tingkat 21 pada hari kejadian - Datuk mangsa
VIDEO: Polis rakam percakapan 31 saksi kejadian di PPR Seri Pantai
BACA: Tragedi Blok 102: Kerusi, meja? Rangka motosikal pun turun dari langit!
#campak kerusi #DBKL #jaring #Pantai Dalam #PPR #PPR Sri Pantai #remaja maut #Tengku Adnan
;