Jari pekerja tersepit pada mesin penggelek tepung diselamatkan bomba

Afiezul Samit
Oktober 15, 2021 15:26 MYT
Mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan pada jari tangan sebelah kiri dan dilaporkan stabil.
KUCHING: Seorang pekerja kedai roti mengalami detik cemas selepas jarinya tersepit mesin penggelek tepung di sebuah kilang di Jalan Muara Tuang, Kuching pada Jumaat.
Mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan pada jari tangan sebelah kiri dan dilaporkan stabil.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat, laporan kes diterima sekitar jam 10.35 pagi dan terus mengatur gerak sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi.
"Operasi mengeluarkan tangan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas, dan tangan mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.
#jari terputus #kilang roti #bomba dan penyelamat #Hospital Umum Sarawak
;