Jari kelingking penunggang motosikal hancur dalam kemalangan

Sinar Harian
April 7, 2020 14:55 MYT
Kejadian mengakibatkan jari kaki kelengkeng kiri mangsa hancur selain berlaku pendarahan pada bahagian kepala. - Foto Sinar Harian
Seorang operator sebuah kilang terpaksa menanggung kesakitan apabila jari kaki kelengkeng kiri hancur dalam kemalangan di Kilometer 71 Klang - Teluk Intan di sini semalam.
Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, mangsa lelaki yang menunggang motosikal jenis Suzuki itu turut mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dari arah Pekan Sekinchan menghala ke arah Taman Ria, Sekinchan gagal mengelak sebuah lori jenis Hicom yang membuat pusingan U.

"Lori terbabit dari arah Parit 4 Sekinchan menghala ke Sungai Besar membuat pusingan U menyebabkan penunggang motosikal dari arah belakang tidak sempat mengawal kenderaan lalu melanggar bahagian sisi kanan lori berkenaan," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

#Agus Salim Mohd Alias #Hospital #jari kaki kelengkeng kiri hancur #kemalangan #Ketua Polis Daerah Sabak Bernam #Klang #mangsa #polis #Sungai Besar #Teluk Intan
;