JaPen perlu cari inisiatif baharu, tukar gaya bekerja di era Pandemik - Annuar Musa

Afiezy Azaman
September 10, 2021 03:43 MYT
Annuar membuat gesaan itu bagi memastikan maklumat seperti bantuan kerajaan kepada rakyat dapat disampaikan dengan lebih pantas. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia perlu mencari inisiatif baharu di zaman pandemik COVID-19 dan menukar cara bekerja daripada komunikasi secara bersemuka kepada penggunaan media sosial.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar musa membuat gesaan itu bagi memastikan maklumat seperti bantuan kerajaan kepada rakyat dapat disampaikan dengan lebih pantas.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, pada Jumaat.

JaPen perlu mencari inisiatif baru di zaman pandemik ini & menukar cara bekerja dari menggunakan komunikasi bersemuka dgn menggunakan media sosial & pendekatan kreatif lain dalam memastikan maklumat seperti bantuan kerajaan kepada rakyat dapat disampaikan dengan cepat & pantas. https://t.co/RiChbrkaCQ pic.twitter.com/dNWDZz2Jn2

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula menambah, JaPen perlu memainkan peranan penting untuk lebih peka akan keperluan semasa bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan hari ini.
"Komunikasi dua hala menjadi kunci untuk menerangkan kepada rakyat tentang cara terbaik untuk memahami setiap dasar dan inisiatif kerajaan yang sememangnya mendahulukan rakyat dari setiap sudut tidak kira menerusi aktiviti turun padang mahupun penerangan secara digital.
"In-Sya-Allah dengan kerjasama semua warga JaPen di seluruh Malaysia, saya percaya Keluarga Malaysia yang menjadi hasrat utama Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan menjadi kenyataan," ujarnya.

Sekitar Taklimat Korporat oleh @JPenerangan malam tadi. Secara keseluruhannya, saya melihat JaPen perlu memainkan peranan penting untuk lebih peka akan keperluan semasa bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan hari ini. pic.twitter.com/LBTEOZWHJT

— ZahidiZainul (@ZahidiZainuI) September 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #ismail sabri yaakob #Malaysia #media sosial #pandemik #Perdana Menteri #Tan Sri Annuar Musa #Twitter #Datuk Zahidi Zainul Abidin