Janji terakhir Arwah hendak belikan ais krim - Isteri
Astro Awani
Jun 8, 2013 10:22 MYT
Jun 8, 2013 10:22 MYT
Jenazah Allahyarham Tajudin Zainal Abidin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 39 Bukit Merah, Perak.
Ia dibuat setelah semua urusan bedah siasat di Hospital Pulau Pinang selesai.
Isteri Allahyarham, Shariffah Ramli tidak menyangka suaminya menjadi korban dalam tragedi tragedi runtuhan struktur konkrit susur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung.
Dia hanya mendapat pengesahan pada Jumaat.
Kali terakhir Allahyarham membuat panggilan telefon kepada anaknya pada jam 6.30 petang Khamis dan berjanji akan membeli ais krim dan makan malam bersama.
Bagaimanapun, selepas dua jam membuat panggilan dia mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku kepada suaminya selepas panggilan telefon di kedua-dua telefon bimbit tidak dijawab.
Sharifah kemudian keluar dan cuba mencari suaminya dekat medan selera di Seagate namun laluan agak sesak disebabkan insiden runtuhan.
“Masa tu tak tahu apa lagi, pasal kereta apa, Kelisa ke apa. Tetapi saya sudah syak kerana dia tidak menelefon balik. Dia selalu akan telefon balik namun, sehingga pagi dia tidak menghubungi pun,” kata beliau.
Tajudin bekas anggota polis bekerja sendiri meninggalkan dua anak, Nuraina Shazwani dan Nur Ain Maisara, berusia 11 dan 7 tahun.