Jangkitan COVID-19, PPV Mobile Team OKU PLPP Bangi ditangguhkan - JKM
Astro Awani
Jun 19, 2021 14:23 MYT
Jun 19, 2021 14:23 MYT
KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mobile Team OKU di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor yang dijadualkan pada 21 Jun ini akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas berlaku jangkitan COVID-19 di kawasan PPV berkenaan.
"Penangguhan ini dilakukan selepas perbincangan lanjut yang telah diadakan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berikutan terdapat jangkitan kes COVID-19 di kawasan yang berhampiran dengan PPV Mobile Team OKU tersebut.
"Walaupun agak terkilan, tetapi penangguhan ini demi menjamin keselamatan dan mengelak risiko jangkitan," memetik kenyataan itu.
Justeru, JKM meminta mana-mana individu yang mempunyai sebarang permasalahan dan memerlukan bantuan lanjut untuk menghubungi Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#COVID-19
#OKU
#jangkitan
#vaksin
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#jkm
#PPV Mobile Team OKU
#kadar kebolehjangkitan