Jangkitan baharu COVID-19 menurun kepada 3,504 kes hari ini

Astro Awani
Disember 13, 2021 18:57 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan 17 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 3,504 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,695,143 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada 13 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,504 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,695,143 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 4,401 kes sekaligus angka kumulatif sembuh ialah 2, 606, 309 kes.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 3,428 kes atau 97.8 peratus.
Manakala selebihnya, 2.2 peratus atau bersamaan 76 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.
Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 408 pesakit dan daripada jumlah itu, 206 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan 17 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,879 orang.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 3 daripada 17 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
#COVID-19 #kes baharu #kes positif #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah
;