Janganlah sayang sangat nak sediakan 'hand sanitizer'....

Astro Awani
Julai 14, 2020 16:39 MYT
Mana-mana pemilik premis diwajibkan menyediakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer untuk pengunjung.
Mana-mana pemilik premis diwajibkan menyediakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer untuk pengunjung.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, mereka yang gagal berbuat demikian berdepan tindakan dikompaun atau arahan tutup premis.
Tambahnya, penyediaan hand sanitizer adalah antara prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dipatuhi premis perniagaan yang memulakan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, yang pertama mesti isi nama dan nombor telefon untuk dikesan. Kedua saringan suhu.
"Ketiga mesti sediakan hand sanitizer. Kalau tidak sediakan hand sanitizer maka mereka gagal mematuhi SOP. Kegagalan ini boleh sebabkan mereka dikompaun RM1,000 dan kedua kita boleh tutup premis perniagaan tersebut," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Justeru, beliau berharap semua pemilik premis perniagaan agar mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Jadi janganlah sayang sangat (nak sediakan hand sanitizer), hendak untung sampai tidak patuh SOP kerajaan. Sebab risiko dikompaun atau ditutup lebih merugikan, berilah kerjasama bukan sahaja untuk keselamatan pengunjung tetapi untuk keselamatan pekerja mereka juga," ujar beliau.
#coronavirus #COVID-19 #ismail sabri yaakob #kerajaan #keselamatan #menteri #operasi #SOP
;