Jangan terperdaya peminta derma guna nama MRT Corp
Ili Hadri Khalil
Januari 25, 2018 20:21 MYT
Januari 25, 2018 20:21 MYT
Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memberi amaran kepada orang ramai agar berwaspada dengan mana-mana pihak yang meminta derma menggunakan nama syarikat itu.
“Kami tidak pernah melakukan apa-apa jalinan dengan organisasi bukan kerajaan dalam mana-mana permohonan sumbangan,” jelas MRT Corp dalam satu kenyataan hari ini.
“Kami amat bimbang terhadap perkara ini kerana melibatkan pemalsuan identiti MRT Corp serta ahli kakitangan kanan MRT Corp."
Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Datuk Najmuddin Abdullah berkata pihaknya tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memohon sumbangan bagi MRT Corp.
Sebelum ini beberapa syarikat mendakwa menerima panggilan telefon daripada MRT Corp mengenai sumbangan derma.
Kebanyakan panggilan telefon yang dilakukan mendakwa diri mereka ahli-ahli kakitangan kanan MRT Corp mewakili organisasi bukan kerajaan yang mewakili kakitangan kerajaan.
Syarikat-syarikat tersebut menyatakan mereka menerima surat rasmi berserta kepala surat organisasi dan nombor akaun bank bagi menyalurkan sumbangan.
#bank
#Datuk Najmuddin Abdullah
#derma
#kerajaan
#Mass Rapid Transit Corporation
#MRT
#MRT Corp
#tipu