Jangan terperdaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal - Kesultanan Pahang

Bernama
Julai 1, 2024 14:15 MYT
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.
KUANTAN: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terperdaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.
"Sebarang akaun lain termasuk di Facebook, Instagram, TikTok atau Threads yang menggunakan nama dan gambar baginda adalah palsu," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
#akaun media sosial palsu #Tengku Mahkota Pahang #Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah #Kesultanan Pahang