Jangan terpedaya GST akan naik - PM Najib
Bernama
Mei 1, 2018 04:52 MYT
Mei 1, 2018 04:52 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menempelak pakatan pembangkang yang memfitnah kononnya kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan kepada sembilan peratus sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Najib mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan fitnah itu yang disifatkannya sebagai pembohongan besar pembangkang.
Beliau sebaliknya menegaskan GST, yang berkuat kuasa pada 1 April, 2015, kekal pada kadar enam peratus.
"Mereka sebenarnya janjikan pengembalian SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) 10 + 6%. Pada 9 Mei kalau undi Harapan, 10 Mei mereka laksanakan. Tanyalah mereka," katanya.
Beliau turut memuat naik gambar memaparkan fitnah berkenaan di laman Twitternya.
-- BERNAMA
#cukai barang dan perkhidmatan
#enam peratus
#fitnah
#GST
#MalaysiaMemilih
#Najib Razak
#pembangkang
#PRU14
#SST
#Twitter