Jangan terpedaya dengan pengemis siber yang mengambil kesempatan berhubung insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata orang ramai perlu berhati-hati dengan kutipan derma yang dilancarkan itu.
Jailani berkata masyarakat perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum menyumbangkan derma.
“Selidik terlebih dahulu sebelum menderma, jangan terpedaya kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu ambil kesempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pasar Tani Kuala Ping, Hulu Terengganu, pada Jumaat.
Menurutnya masyarakat malaysia sangat prihatin dengan sesuatu insiden kononnya bersimpati namun dalam masa yang sama mengambil peluang dengan melakukan perkara sebaliknya.
Sementara itu, Jailani berkata pihaknya sedang memantau aktiviti menular gambar berhubung insiden kebakaran itu bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jelasnya, menerusi beberapa laman sosial ada yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berbaur mencela dan sebagainya terhadap kes tersebut.
“Pihak SKMM telah terima aduan dan kita akan ambil tindakan. Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233,” tambahnya.
Dalam insiden kebakaran itu, seramai 23 orang penghuni pusat tahfiz itu telah terkorban.
Astro Awani
Fri Sep 15 2017
![Jangan terpedaya dengan pengemis siber Jangan terpedaya dengan pengemis siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496916942_DatukJailani.jpg)
Jailani berkata orang ramai perlu berhati-hati dengan kutipan derma yang dilancarkan. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520543231_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
![Jailani lepas jawatan dalam parti Jailani lepas jawatan dalam parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526699450_JailaniJohari.jpg)
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
![AsiaCyberX, program perintis keselamatan siber dilancarkan AsiaCyberX, program perintis keselamatan siber dilancarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41522843515_DATUKSERIJAILANIJ.jpg)
AsiaCyberX, program perintis keselamatan siber dilancarkan
Sedar tentang risiko serangan siber yang semakin menular, satu program dilancarkan hari ini bagi melahirkan pakar keselamatan siber untuk industri ekonomi digital.
![Mana-mana pihak berkelayakan boleh mohon lesen perkhidmatan internet Mana-mana pihak berkelayakan boleh mohon lesen perkhidmatan internet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496916942_DatukJailani.jpg)
Mana-mana pihak berkelayakan boleh mohon lesen perkhidmatan internet
Semua pemegang lesen tertakluk kepada peruntukan dan syarat pelesenan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Perlesenan 2000 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).
![Jangan dedah data peribadi di media sosial - Jailani Jangan dedah data peribadi di media sosial - Jailani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496916942_DatukJailani.jpg)
Jangan dedah data peribadi di media sosial - Jailani
Memuat naik salinan kad pengenalan mangsa bencana atau kemalangan mendedahkan pemiliknya kepada risiko penipuan.
![Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521612843_JailaniJohari.jpg)
Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari
Wakil pembangkang juga sudah diberi peluang untuk muncul di televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta.
!['Takkan hanya guna telefon sendiri untuk 'block' panggilan?' 'Takkan hanya guna telefon sendiri untuk 'block' panggilan?'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453181339_apps.jpg)
'Takkan hanya guna telefon sendiri untuk 'block' panggilan?'
Penggunaan telefon sendiri bagi menghalang panggilan-panggilan dan mesej-mesej yang tidak diingini (unsolicited calls and messages) bukan kaedah terbaik bagi melindungi data peribadi.
![Pengitaran semula kad SIM membahayakan pengguna - Jailani Pengitaran semula kad SIM membahayakan pengguna - Jailani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445938502_prepaid.jpg)
Pengitaran semula kad SIM membahayakan pengguna - Jailani
Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini sedang menjalankan kajian untuk mengekang kegiatan ini.
![Pengguna jangan mudah dimanipulasi iklan murah di laman sosial - Jailani Pengguna jangan mudah dimanipulasi iklan murah di laman sosial - Jailani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81436844079_JailaniJohari.jpg)
Pengguna jangan mudah dimanipulasi iklan murah di laman sosial - Jailani
Pengguna di negara ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan iklan jualan murah yang dipamerkan di laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan siber.
![Jangan rujuk 'pakar FB' bagi masalah peribadi, rumahtangga Jangan rujuk 'pakar FB' bagi masalah peribadi, rumahtangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51435906916_CERAI.jpg)
Jangan rujuk 'pakar FB' bagi masalah peribadi, rumahtangga
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata tindakan menggunakan medium seperti itu hanya membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan.