Jangan terlepas pandang pelajar yang tidak mendapat 8A dalam PMR
Astro Awani
Disember 19, 2013 07:45 MYT
Disember 19, 2013 07:45 MYT
Timbalan Naib Canselor INTI International College, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid menyarankan agar masyarakat memahami kepentingan bidang vokasional dan teknikal.
Dr Ibrahim berkata bidang vokasional dan teknikal itu penting untuk mencapai kemajuan dan bermanafaat kepada negara.
Selain itu beliau juga menyarankan agar tidak terlepas pandang pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengan Rendah (PMR).
"Pelajar-pelajar ini mungkin akan mencapai kematangan mereka dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas PMR, jadi kita jangan terlepas pandang kepada yang tidak dapat 8A," katanya ketika menjadi tetamu AWANI 745 pada Khamis.