Jangan sampai mereka jadi pembunuh!
Awani Rangers UUM
November 13, 2017 13:29 MYT
November 13, 2017 13:29 MYT
Pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang bahaya dan kesan buli boleh menghindarkan daripada terjadinya kes yang lebih serius.
Tinjauan Awani Rangers UUM ke program "Say No To Bully" anjuran Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights di sini mendapati program tersebut sedikit sebanyak menyuntik pemahaman kepada pelajar tentang isu buli yang melibatkan para pelajar.
Ceramah berkenaan buli disampaikan oleh Pegawai Psikologi dari Institut Teknikal Jepun - Malaysia, Ulya Ahmad Zakuan.
"Gejala buli bukan hanya terhad kepada buli fizikal seperti memukul, malah perbuatan memerli dan mengejek rakan yang lain juga adalah antara perbuatan buli psikologi yang jarang diberi perhatian oleh masyarakat," katanya ketika ditemui Awani Rangers UUM, baru-baru ini.
Ini kerana, masih ada yang menganggap ia sebagai norma kononnya tidak termasuk dalam tindakan membuli.
Guru Kaunselor Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights, Norhayati Ibrahim turut berharap, ibu bapa perlu ambil peduli dan memberi perhatian sewajarnya disamping usaha pihak sekolah.
"Ini akan dapat mencegah dari terjadinya kes yang lebih serius seperti kes yang kerap tular di media sosial yang sangat meresahkan," katanya.
Program ini disertai hampir 1,000 pelajar sekolah rendah sekitar Daerah Kubang Pasu.
* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UUM Amir Faruqi Ahmad Fadzli dan Hanie Maisarah Ahmad Rasidi. Suntingan: Dr Mohd Idzwan Yacob
**AWANI Rangers UUM adalah hasil inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM)
#Anti Bully Campaign by Astro
#AWANIRangers
#bergaduh
#buli
#buli di sekolah
#buli fizikal
#Buli psikologi
#Kedah
#Kempen Anti Buli
#Pembuli
#Pembuli boleh membunuh
#pukul
#Say No To Bully
#Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights
#Universiti Utara Malaysia UUM