Jangan risau ... adik Fatimah Omar Mukhlis sudah beransur pulih

Astro Awani
November 23, 2021 07:16 MYT
Menerusi muat naik status bergambar di akaun Instagram keluarganya @thefamily.uk, Fatimah bagaimanapun masih perlu dipantau secara rapat. - Foto Instagram/@thefamily.uk
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan si cilik, Fatimah Omar Mukhlis beransur pulih selepas disahkan dijangkiti kuman di paru-paru pada 16 November lalu.
Berita gembira itu hadir selepas dia menjalani pemeriksaan susulan semalam.
Menerusi muat naik status bergambar di akaun Instagram keluarganya @thefamily.uk, Fatimah bagaimanapun masih perlu dipantau secara rapat.
"Barita baik adalah dia boleh kembali semula ke sekolah, Alhamdulillah.
"Dia sangat teruja, berselera makan dan dia sangat awal masuk tidur," memetik perkongsian itu.
BACA: Fatimah Omar Mukhlis negatif COVID-19, keadaannya stabil
#Fatimah Omar Mukhlis #jangkitan kuman #instafamous #kanak-kanak cilik