KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak harus diberikan kuasa untuk menguruskan peruntukan berjumlah RM5 bilion yang diperuntukkan untuk kedua-dua negeri tersebut.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri lebih memahami keperluan di negeri tersebut terutamanya dari segi perancangan dan pengagihan peruntukan.
“Biar kita rancang. Kita boleh tentukan ke mana kita nak agihkan. Kalau tidak RM5 bilion tiap-tiap tahun yang diumumkan yang dilaksanakan hanya 38 peratus.
“Tiap-tiap tahun yang RM5 bilion itu, sedikit sahaja dipakai, dibawa lagi ke tahun depan, umum lagi RM5 bilion padahal yang pakai RM1 bilion lebih sahaja.
“Ini, kita diperbudak-budakkan, kita dipermain-mainkan. Jangan permainkan kami, rakyat Sabah pun pandai marah. Jangan main-main.
“Tidak boleh macam ini, kerajaan tidak boleh main-main dengan rakyat Sabah dan Sarawak. Cari pendekatan baharu bagaimana ia dapat dihabiskan dalam satu tahun,” katanya ketika sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Bung Moktar juga mencadangkan agar Kerajaan selepas ini memberikan pengiktirafan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak dengan memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada mereka.
“Satu daripada Semenanjung, satu daripada Sabah dan satu daripada Sarawak. Apa yang susah sangat?
“Kemboja negara kecil pun ada sembilan Timbalan Perdana Menteri. Laos, ada tujuh atau lapan. Malaysia negara besar, negara membangun.
“Bagilah peluang orang Sabah dan Sarawak untuk duduk di kerusi Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.
Katanya lagi, beliau juga bersetuju dengan cadangan beberapa pemimpin negeri itu yang mahu 28 kerusi Parlimen ditambah di kedua-dua negeri tersebut.
Ridauddin Daud
Mon Mar 07 2022
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri lebih memahami keperluan di negeri tersebut terutamanya dari segi perancangan dan pengagihan peruntukan. - Gambar fail
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober
Prosiding pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette daripada pertuduhan rasuah ditangguhkan ke 9 Oktober depan.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas
Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Warisan dan UMNO Sabah dilihat tidak hadir pada sidang khas di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.
Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media
Dua kanopi disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu kepada pengamal media yang 'berkampung' di hadapan Istana Seri Kinabalu.
Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar
Penyerahan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilihat dapat merancangkan pembangunan tiga keperluan asas yang dituntut rakyat Sabah.
Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar
Bung Moktar menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).
PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar
Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di kilometer KM2.1 jalan utama menuju ke pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Siew, di sini, akan dimulakan bulan depan.
'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.
Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar
Ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan.