Jangan percaya laporan beberapa wanita dirompak, dibunuh di ibu negara - Polis

Bernama
Oktober 11, 2014 16:02 MYT
POLIS: Maklumat palsu itu pernah disebarkan pada Julai 2012 dan Julai lepas.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan yang tersebar termasuk di media sosial kononnya beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga menyebabkan kematian di beberapa lokasi di ibu negara.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Asmawati Ahmad berkata maklumat palsu itu pernah disebarkan pada Julai 2012 dan Julai lepas.
"Tiada kes sedemikian dilaporkan berlaku di sekitar ibu kota," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita sensasi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya yang disebarkan melalui media sosial.
Menurut Asmawati, berita palsu itu kini kembali dihebahkan bertujuan menakutkan orang ramai.
Maklumat palsu itu merujuk kepada insiden sedemikian yang kononnya berlaku di Puduraya, Bukit Bintang dan Kuala Lumpur City Centre melibatkan satu sindiket.
#bunuh #Kuala Lumpur #rompak #wanita
;