Jangan percaya kenyataan hudud Najib di media sosial - PMO

Astro Awani
Mac 26, 2015 21:56 MYT
PMO: Jangan percaya kenyataan hudud Najib di media sosial - Gambar fail
Pejabat Perdana Menteri hari menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pelaksanaan hukum Hudud di dalam mana-mana media sosial atau majlis rasmi.
Ia dijelaskan melalui laman Twitter 'Msia PM Press Office' @PMOMalaysia.

Pejabat PM ingin menafikan bahawa PM @NajibRazak telah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang perlaksanaan hukum Hudud hari ini. 1/2

— Msia PM Press Office (@PMOMalaysia) March 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pejabat PM ingin menafikan bahawa PM @NajibRazak telah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud hari ini", kata laman Twitter tersebut.
Pada Khamis, media sosial dan sistem pesanan WhatsApp kecoh dengan kenyataan kononnya Najib memberikan ulasan mengenai pendiriannya terhadap isu hudud.

Kepingan gambar kenyataan yang tersebar dalam whatsapp dan media sosial (rujuk kepada gambar) adalah palsu. 2/2 pic.twitter.com/E08IXNFai5

— Msia PM Press Office (@PMOMalaysia) March 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#hudud #najib #palsu #PMO #Twitter
;