Rakyat digesa tidak memandang negatif terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berikutan penahanan 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat dua hari lepas, dipercayai terbabit kes rasuah.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata penangkapan itu tidak bermakna seluruh Jabatan Kastam tidak betul dalam menjalankan tugas seterusnya dilabel tidak berkredibiliti.
"Tidak wajar untuk melabelkan jabatan tersebut dengan persepsi negatif hanya kerana sebilangan daripada ribuan warga Kastam terlibat kes rasuah, memandangkan jabatan tersebut memberi khidmat yang besar terhadap negara.
"Kes ini melibatkan sebilangan kecil, tambahan pula kastam telah memberikan sumbangan besar terhadap negara melalui kutipan RM36 bilion setahun yang memanfaatkan rakyat melalui pelbagai program yang dijalankan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kembara Lensa Murni 2014 anjuran Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) di sini hari ini.
Namun beliau memberikan jaminan bahawa pihak kementerian akan memastikan kesalahan melibatkan rasuah ditangani sebaik mungkin dan akan memberi kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kementerian Kewangan dan SPRM tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam gejala rasuah atau salah laku kewangan, malah individu yang bersalah perlu diberi hukuman yang sepatutnya manakala yang tidak bersalah dilepaskan," katanya.
Dalam masa sama, Ahmad berharap insiden itu tidak akan menjejaskan semangat seluruh pegawai dan kakitangan JKDM bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Dua hari lepas, SPRM menahan 12 pegawai Kastam termasuk seorang Pengarah Kastam negeri yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan arak dan rokok di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).
SPRM turut menahan 12 anggota sindiket itu.
Tangkapan itu dibuat susulan pemantauan selama lebih setahun terhadap sindiket penyeludupan barang-barang di Lembah Klang, yang mengelak daripada membayar duti kastam melibatkan lebih RM1 bilion.
Akibat tindakan itu kerajaan dipercayai mengalami kerugian lebih RM2 bilion.
Bernama
Fri Sep 05 2014
AHMAD: Jangan pandang negatif terhadap kastam - Gambar fail
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
20 tahun terkurung, bekas banduan Al-Ma'unah kekok dengan dunia luar
Ahmad, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan Al-Ma'unah yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.