Rakyat Malaysia di negara ini disarankan tidak menilai pelantikan terbaharu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dari segi bangsa dan agamanya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata rakyat tidak perlu menjadikan isu agama dan bangsa sebagai alasan untuk menolak pelantikan ini.
Tambah Mohd Shafie, rakyat Malaysia haruslah menilai pelantikan Richard dalam bidang kehakiman bedasarkan aspek senioriti dalam bidang perundangan yang wajar diberi keutamaan.
"Jangan menilai pelantikan ini dari segi bangsa dan agamanya. Apa yang lebih penting adalah prestasinya dalam bidang kehakiman.
"Bagi saya, apa yang lebih penting ialah pelantikan ini adalah bedasarkan merit dan bedasarkan kepada seseorang yang lebih senior.
"Saya yakin seseorang itu mampu memberikan sumbangan kepada negara bukan oleh kerana bangsanya, bukan oleh kerana agamanya bahkan kerana kecintaan dia terhadap negara, itu yang lebih mustahak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Shafie menyambut baik pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai tonggak utama badan kehakiman terbaharu di negara ini.
Menurut Shafie, beliau amat menghargai ketetapan yang dibuat Kerajaan Persekutuan dalam menghargai individu yang berpengalaman luas dari negeri ini.
"Semuanya maklum dan tahu bahawa beliau (Tan Sri Richard Malanjum) merupakan seorang yang berdedikasi dalam bidangnya.
"Saya yakin rakyat Malaysia yang berada bukan hanya diperingkat negeri Sabah malahan juga dinegeri Sarawak amat menghargai ketetapan dan juga keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
"Ini merupakan satu penghargaan kepada seorang rakyat Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah Ketua Hakim Negara datangnya dari wilayah ini," katanya.
Fifi Harteeny Marzuki
Sat Jul 14 2018
SHAFIE: Apa yang lebih penting adalah prestasinya dalam bidang kehakiman. - Astro AWANI
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.