Jangan melobi pada saat terakhir jika tersingkir

Astro Awani
Januari 22, 2013 08:17 MYT
Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) yang tersingkir daripada menjadi calon pilihan raya umum ke-13 dinasihatkan supaya tidak melobi pada saat akhir.
Demikian peringatan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ini kerana beliau percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai senarai calon yang sesuai.
Pada hemat beliau, Najib selaku pengerusi BN mempunyai senarai calon yang sesuai bagi menggantikan kawasan-kawasan yang mempunyai calon yang bermasalah.
Kira-kira lapan bulan lepas Najib meminta tiga nama yang berpotensi sebagai calon disenarai bagi setiap kawasan parlimen dan DUN.
Justeru beliau sudah pasti telah menilai senarai berkenaan.
Namun terdapat nama-nama yang didapati tidak sesuai untuk menjadi calon walaupun dikemukakan oleh kepimpinan akar umbi disebabkan laporan-laporan yang tidak memihak kepada calon berkenaan.
Namun calon yang dianggap mempunyai kelebihan mungkin terdiri daripada tokoh akademik, korporat atau tokoh-tokoh lain yang boleh memenangkan sesuatu kawasan yang ditandingi BN.
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi #Pilihan Raya Umum ke-13 #PRU-13
;