Jangan lupa saksikan perbincangan dalam talian bersama tiga pakar perubatan terkenal negara, esok!

Astro Awani
April 30, 2020 13:13 MYT
Ia akan disiarkan secara langsung di semua platform Astro AWANI termasuk di laman Facebook dan YouTube.
KETIKA dunia termasuk Malaysia masih lagi bergelut untuk membendung pandemik COVID-19 dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesihatan mental rakyat juga perlu diberi tumpuan sepanjang tempoh tersebut.
Berada di rumah sepanjang PKP – bagi segelintir individu mungkin tidak mudah kerana terpaksa melupakan seketika rutin harian mereka dengan tidak keluar rumah, sebaliknya membiasakan diri dengan normal baharu.
Bagi melihat sejauh mana pandemik COVID-19 memberi kesan kepada masalah kesihatan mental masyarakat, Astro AWANI buat julung kalinya akan mengadakan perbincangan dalam talian bersama tiga pakar perubatan terkenal negara.
Tiga panel tersebut adalah pelatih pakar bedah Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri; Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin; dan Pakar Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani.
Perbincangan dalam talian bertajuk Mental Illness And Health Concern Surrounding COVID-19 itu akan dihoskan oleh penyampai berita dan wartawan Astro AWANI, Cynthia Ng pada pukul 9 malam, Jumaat.
Ia akan disiarkan secara langsung di semua platform Astro AWANI termasuk di laman Facebook dan YouTube.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan untuk diajukan kepada ahli panel tersebut, boleh hantarkan soalan anda ke laman Facebook Astro AWANI.
Jangan lupa temu janji kita esok!
#Astro #Astro Awani #COVID-19 #Dr Beni Isman Rusani #Dr Nur Amalina Che Bakri #Facebook #kesihatan mental #Malaysia #Mental Illness And Health Concern Surrounding COVID-19 #perintah kawalan pergerakan #Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin #YouTube
;