Tidak terlintas di fikiran Hafis Danial, 20, bahawa kata-kata itu menjadi pesanan terakhir daripada ayahnya yang pergi buat selama-lamanya pada petang Jumaat.
Bapanya, Hambal Rudin Hassan, 51, yang bekerja sebagai seorang juruukur di Hutan Melintang dipercayai baru sahaja balik dari kerja sewaktu terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya berhampiran Jambatan Pulau Besar, Jalan Teluk Intan-Bota di sini pada Jumaat.
Hafis berkata, kali terakhir beliau berbual-bual dengan ayahnya ialah di stesen bas sewaktu beliau mahu ke Shah Alam bagi menyambung pengajian di sebuah kolej swasta di sana.
“Ayah berpesan supaya belajar elok-elok, banyak kali ayah menyebutnya, seperti satu ingatan untuk saya agar terus belajar dan tidak hilang arah, tapi sekalipun tidak saya sangka itu pesanan terakhir darinya ketika dia sudah tiada,” ujarnya menahan sebak.
Anak sulung dari empat beradik itu berkata, pada kebiasaannya beliau akan meluangkan masa di Shah Alam pada waktu cuti namun kali ini beliau berasa tidak sedap hati dan pulang ke Changkat Lada.
Jelasnya, beliau sempat berjumpa dengan ayahnya pada awal pagi Jumaat dan dia perasan kelakuan ayahnya berubah menjadi seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap namun dia tidak mengesyaki itu adalah petanda bahawa ajal ayahnya sudah dekat.
“Saya menerima panggilan daripada mak saudara mengenai sebuah motor berwarna biru yang terlibat dalam kemalangan, dan pada waktu itu saya baru sahaja melawat kubur opah.
“Sebaik sahaja saya tiba di jambatan itu, polis mengangkat payung untuk pengecaman mayat oleh waris dan saya rasa dunia saya gelap bila melihat ayah saya terbaring, berlumuran darah,” katanya kepada Astro AWANI.
Hafis, yang kelihatan menahan kesedihan berkata, beliau akan berpegang kepada janji terakhir kepada ayahnya untuk belajar sebaik-baiknya dan akan tabah untuk keluarganya.
“Saya kena jadi ketua keluarga sekarang, esok saya akan uruskan soal pengkebumian dan saya tahu, ini merupakan Hari Ibu paling sedih untuk mak saya.
“Tapi kita kena terima ketentuan Allah, saya redha dan saya akan teruskan tanggungjawab ini,” katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Sat May 13 2017
Beginilah situasi kemalangan yang berlaku berhampiran Jambatan Pulau Besar, Jalan Teluk Intan-Bota di sini pada Jumaat. - Astro AWANI
Belanjawan 2025: Kesejahteraan perumahan mampu diberi perhatian, ini anda perlu tahu
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara
Menurut PM isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan dan kerajaan kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 junjung hak rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan Belanjawan 2025 fokus kepada rakyat.
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
TVET_ HRDCorp, Khazanah, GiatMARA, PERKESO turut dipertingkat
Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
KDN, MINDEF masing-masing terima RM19.5 bilion dan RM21.2 bilion
Kata PM, maruah dan kedaulatan negara perlu terus terpelihara daripada sebarang ancaman. Keharmonian dikecapi selama ini tidak boleh diganggu-gugat.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ambulans bawa wanita hamil rempuh lembu di Gua Musang
Ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Sultan Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai ketika kemalangan berlaku pada kira-kira 4 pagi.
Beg berisi wang hilang, Azlan Komeng rayu pulangkan
PELAKON aksi, Azlan Komeng mendedahkan beg yang mengandungi barang niaga dan sejumlah wang tunai hilang selepas mereka terlibat dalam kemalangan pada Jumaat lalu di Kuala Lipis, Pahang.
Wanita maut kereta dipandu rempuh jentolak
Mangsa yang memandu kereta Axia itu tidak sempat membrek lalu merempuh belakang sebuah jentolak yang sedang bergerak.
Platform GMAT.com.my tawar pelan kemalangan pendaki
Pelan kemalangan pendaki (PA) menawarkan perlindungan kewangan terhadap pendaki yang ditimpa kemalangan ketika melakukan aktiviti pendakian di Malaysia yang mana terhad sehingga ketinggian 3,000 meter
Dua maut, lori bawa muatan pejabat rempuh belakang treler di lebuh raya WCE
Kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan dan treler, terdapat dua mangsa dari lori tersebut yang tersepit dan disahkan maut.
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penghadang Lebuhraya DUKE dirempuh lori, jatuh hempap kereta
Lori yang dipandu warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tembok penghadang.
Ops Samseng Jalanan: Anggota trafik alami simptom hilang memori selepas bertembung
Anggota polis trafik yang parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Kanak-kanak 10 tahun pandu kereta, akibatkan kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki dikesan memandu sebuah kereta milik ibu bapanya sehingga mengakibatkan kemalangan dengan dua kenderaan lain.
Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.