Jangan kaitkan saya dengan video itu - Norman KRU
Sinar Harian
Jun 16, 2019 00:39 MYT
Jun 16, 2019 00:39 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam penerbitan klip video intim dikaitkan dengan seorang menteri yang tular beberapa hari lepas.
Dua hari lepas, sebuah blog politik memetik nama Norman dan beberapa tokoh politik, mendakwa kononnya mereka ada konspirasi dengan menerbitkan video lucah tersebut.
Menurut Norman, beliau berasa sedih dan terkejut apabila mendapat tahu blog politik tersebut mengaitkan dirinya dengan penerbitan video berkenaan.
“Saya amat terkejut dan sedih apabila beberapa kenalan saya memberi pautan ke sebuah blog politik yang mengaitkan saya dengan beberapa tokoh politik kononnya ada konspirasi menerbitkan video lucah yang dikatakan melibatkan seorang menteri kanan.
#blog politik
#Haziq Abdullah
#klip video intim
#konspirasi
#KRU Entertainment
#Menteri Kanan
#Norman Abdul Halim
#penerbitan video
#video lucah