Jangan kaitkan penahanan dengan Istana Johor - TMJ

Astro Awani
Mei 10, 2019 17:36 MYT
Istana Johor tidak pernah membuat sebarang laporan polis dari dahulu hingga kini, kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Istana Johor tiada kaitan dengan penahanan seorang penulis yang dikatakan mengkritik seorang putera raja, kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Istana Johor juga katanya tidak pernah membuat sebarang laporan polis dari dahulu hingga kini.
“Salam Jumaat. Istana Johor tidak pernah buat report (laporan) dari dulu hingga ke hari ini.
“Jikalau ada report (laporan) ia kemungkinan dari pihak lain. This have nothing to do with us (ini tiada kaitan dengan kami),” tulis beliau di laman Twitter beliau.
Kenyataan yang menjawab persoalan seorang penulis itu dipercayai dikeluarkan susulan laporan penahanan seorang penulis kreatif dan penerbit buku indie malam tadi, yang dikatakan mengkritik seorang putera raja.
Bagaimanapun, jawapan berkenaan telah dipadam TMJ kemudiannya dan digantikan dengan kenyataan yang meminta agar tidak dikaitkan Istana Johor dengan isu sebegini.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Pada bulan yang Mulia ini, izinkan kami sekeluarga menjalani ibadah puasa dan terus berkhidmat kepada rakyat. Janganlah kaitkan kami dgn isu-isu atau sebarang fitnah. Semoga ALLAH memberkati kita semua. Amin.

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penulis terbabit dilaporkan ditahan malam tadi di Balai Polis Tampoi, Johor.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam masa yang sama menyatakan rasa tidak senang dengan penahanan itu, kecuali berkaitan ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap “raja-raja yang memerintah”.
BACA: Tun Dr Mahathir kesal polis tangkap individu kritik 'anak raja'
#Firdaus Abdillah Hamzah #Pipiyapong #Sultan Ibrahim #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim
;