Jangan kaitkan Khalid dengan kes jenayah dengan Gopi - TPM Zahid

Irwan Muhammad Zain
Jun 15, 2017 06:54 MYT
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap menutup Majlis Warshah Islah Pendidikan Islam, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - FotoBernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak agar tidak mengaitkan penahanan suspek kes melindungi pusat judi haram di Melaka, K.Gopinathan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ahmad Zahid berkata, biarpun Khalid mengakui mengenali individu terbabit tetapi perkenalan itu bukan atas sifat perlakuan jenayah yang dilakukan.
"Biasanya seorang pegawai polis mengenali ramai orang, tetapi dalam hal ini jangan kaitkan Khalid dengan kes tersebut," katanya pada sidang media di sini selepas merasmikan bengkel pembaharuan pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) di sini hari ini.
Pada Rabu, Khalid mengakui mengakui Gopinathan Krishnan atau lebih dikenali sebagai Gopi, 50 tahun, itu turut mengenali beliau dan ahli keluarganya.
Khalid menegaskan beliau dan pegawai-pegawainya tidak akan bersekongkol dengan sesiapa pun yang melanggar undang-undang serta akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatannya.
#Gopinathan Krishan #Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #Perdana Menteri #Timbalan Perdana Menteri #TPM #undang-undang #Zahid Hamidi