Jangan kaitkan amalan rasuah dengan kerajaan semata-mata
Astro Awani
Januari 6, 2013 11:02 MYT
Januari 6, 2013 11:02 MYT
Profesor ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyarankan orang ramai agar jangan kaitkan amalan rasuah dengan kerajaan semata-mata.
Sebaliknya, menurut beliau mereka perlu luaskan skop itu kerana korupsi juga berleluasa kalangan ahli perniagaan.
Profesor Shamsul mengulas tentang persepsi masyarakat Temerloh mengenai cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani rasuah.
“Satu perkara yang saya lihat dalam Transparency International itu hanya berkait dengan orang kerajaan sahaja. Korupsi dalam bisnes, di kalangan orang bisnes itu tidak masuk."
Sementara itu Penolong Penguasa SPRM Che Hamdan Che Ngah berpendapat, masalah persepsi merupakan sesuatu yang sukar ditangani dan juga amat bahaya.
"Masalah persepsi ini suatu yang sangat sukar untuk kita tangani. Persepsi sesuatu yang sangat bahaya kerana lama kelamaan persepsi boleh menjadi kepercayaan." tegasnya.
Menurut kajian yang dibuat KITA MESRA oleh Institut Kajian Etnik UKM sebanyak 57 peratus masyarakat Temerloh masih tidak berpuas hati dengan cara SPRM menangani rasuah.