Jangan ikut suka, fahami etika berpakaian
Zaihani Mohd Zain
Januari 25, 2019 16:40 MYT
Januari 25, 2019 16:40 MYT
Sebentar tadi di ruang lobi pejabat, saya berselisih dengan seorang wanita yang saya fikir dalam perjalanan ke pejabat atau menghadiri mesyuarat dengan seseorang. Pendek kata penampilannya menggambarkan dia bertugas di pejabat.
Wanita itu mengenakan ‘a little black dress’ dengan ropol dari bahu hingga ke paras lutut pada sebelah baju itu.
Saya cuba bersangka baik. Barangkali, dia harus berkejar ke acara lain selepas waktu pejabat dan mungkin tidak sempat untuk pulang ke rumah dan menukar pakaian.
Mengikut etika berpakaian, baju yang membaluti tubuhnya itu sesuai untuk digayakan ke acara yang berlangsung di sebelah petang atau malam, dan sangat tidak sesuai dikenakan untuk ke pejabat.
Ya, dalam hidup, selagi kita berinteraksi dengan orang, selagi kita memberi impak kepada orang sekeliling kita, kita seharusnya mematuhi some decorum. Kenapa?
Sebabnya saya senaraikan di bawah:
1. Supaya tidak mengelirukan orang yang kita berinteraksi
Bila kita ingin menyampaikan sesuatu yang agak berat atau formal, pakaian kita setidak-tidaknya boleh membantu untuk menyampaikan mesej itu.
Maknanya, kita perlu berpakaian kemas, tidak menjolok mata dan keseluruhannya imej yang profesional.
Sebaliknya, jika pakaian kita tidak selari dengan mesej yang ingin disampaikan, imej kita akan terkesan. Your image suffers.
Orang yang anda berinteraksi akan keliru. In other words, you may have to spend more time convincing the person in front of you of the message that you’re trying to send across.
2. Memberi sistem dalam kehidupan kita
Setiap hari, setiap pagi, ramai yang berdepan dengan masalah atau buntu kerana tidak tahu apa yang mahu dipakai.
Mengkategorikan pakaian anda dapat menyelesaikan masalah di atas, tidak perlu memakan masa yang lama untuk siapkan diri, kurangkan unnecessary stress dan seterusnya dapat memulakan hari anda dengan lebih positif.
Dalam almari pakaian anda, asingkan pakaian mengikut genre; untuk ke pejabat, untuk bersantai, untuk majlis formal malam dan sebagainya.
Makes your life easier, makes your maid’s life easier.
Dan di dalam anda mempersembahkan imej anda, ruang untuk tersalah pilih dapat dikurangkan.
3. Elakkan monotoni dalam kehidupan seharian
Hidup ini lebih seronok kalau kita berpeluang untuk melaluinya dengan memakai pelbagai jenis pakaian. But of course kena sesuai dengan majlis.
Kejutkan rakan-rakan anda dengan penampilan anggun dan glamor ketika menghadiri makan malam atau kenakan ensemble yang ranggi untuk majlis santai pada hujung minggu.
Mengelak monotoni termasuk juga monotoni warna. Jangan terperangkap dalam satu warna sahaja, pelbagaikan warna dalam almari pakaian anda.
Orang-orang di sekeliling kita amat judgemental, itulah hakikatnya walaupun mereka mengatakan I don’t judge.
Jangan bagi peluang untuk mereka mereka ini menghakimi kita. Always dress well, dress the part, sesuai pada tempatnya, kena pada masanya.
Last but not least, jangan lupa wangian….
* Zaihani Mohd Zain merupakan pengulas dan pengkritik fesyen.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.