SETIAP kali saya membuka akaun Instagram (IG), pasti akan ada permintaan daripada pemegang akaun yang berniaga di laman sosial itu.

Daripada 10 permintaan yang diterima, 7 daripadanya berniaga peniaga di IG.

Dunia perniagaan di IG pada masa ini amat ‘vibrant’. Segala macam produk yang diniagakan, you name it, they’ve got it.

Saya ingin menyentuh berkenaan produk produk fesyen, terutamanya pakaian.

Menawarkan harga barangan yang murah adalah strategi utama bagi peniaga-peniaga di IG, Facebook dan lain-lain di internet.

Bagi mengupas isu ini, saya ingin 'sekolahkah' golongan yang gemar berbelanja di sini.

Selalunya kualiti barang yang diterima tersasar daripada apa yang dipromosikan di akaun peniaga.

Fabrik yang senang pecah, jahitan kasar, saiz salah, macam-macam lagi.

Seterusnya apa yang berlaku ialah, baju itu dipakai sekali dua sebelum dicampakkan ke dalam almari.

Atau dalam kes yang lebih teruk, tidak dipakai langsung.

Sila tanya diri anda sendiri, apa akan terjadi pada pakaian-pakaian ini?

Saya selalu mendengar komen kawan-kawan: "Tak apalah murah, pakai buang saja.’

Konsepnya disposable atau pakai buang. Sudahlah dunia dicemari dengan bahan-bahan plastik, pencemaran daripada ‘fast fashion’ pula dilambakkan.

We don’t need this source of pollution really!

Kita semua perlu peka bukan sahaja kepada alam di sekeliling bahkan juga pengurusan kewangan kita.

Nasihat saya, pilihlah kualiti bukan kuantiti. Produk berkualiti selalunya mahal sikit tapi diperbuat daripada bahan-bahan yang bagus.
Dari segi pulangan jangan panjang pula, ia amat menguntungkan sebab jangka hayat produk berkualiti selalunya panjang.

Jangan mudah terpedaya dengan visual yang dimuat naik di IG, Facebook dan sebagainya.

Kalau harganya murah sudah tentunya kos pembuatannya murah dan besar kemungkinannya tidak tahan lama.

Always choose quality over quantity.

Lagi satu impak yang terkesan daripada membeli di internet dibandingkan dengan membeli secara tradisional - pergi kedai, tengok, pegang, cuba barangan, berinteraksi dengan jurujual.

Lama-kelamaan, kita akan hilang interpersonal skills kita. Terjadilah satu masyarakat yang introverted dan yang paling saya takut adalah lahirnya masyarakat yang kurang ajar!



* Zaihani Mohd Zain merupakan pengulas dan pengkritik fesyen.

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.