'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah

Sinar Harian
Februari 3, 2025 18:10 MYT
Rosmah berkata, akaun Facebook itu yang memaparkan maklumat kononnya beliau bekas isteri Najib adalah bukan miliknya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.
Rosmah berkata, akaun Facebook itu yang memaparkan maklumat kononnya beliau bekas isteri Najib adalah bukan miliknya.
“Sila ambil perhatian bahawa akaun Facebook Rosmah Binti Mansor ini bukanlah akaun tulen saya.
“Dan masih isteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Jangan buat fitnah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin.
Rosmah turut berkongsi tangkap layar akaun Facebook palsu berkenaan kepada pengikutnya.
Kata Rosmah, beliau hanya mempunyai satu akaun Facebook dan satu akaun Tiktok sahaja iaitu masing-masing di pautan https://www.facebook.com/Rosmah2022 dan https://www.tiktok.com/@rosmahmansor2022?_t=ZS-8tbIcBln1AF&_r=1. - Sinar Harian
#Rosmah Mansor #akaun palsu #isteri najib #Tular
;