'Jangan fanatik dengan parti politik' (Video)

Astro Awani
Disember 16, 2012 15:32 MYT
Perjuangan memartabatkan Islam menerusi politik hanya akan berjaya sekiranya tidak ada mana-mana pihak yang terlalu taksub dengan semangat kepartian.
Sikap fanatik berkenaan dikhuatiri akan mengubah matlamatnya daripada memperjuangkan Islam, kepada memperjuangkan parti.
Begitu pendapat bekas mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengulas nasihat supaya orang Melayu tidak terlalu taksub dengan parti kerana dibimbangi boleh merosakkan perjuangan memartabatkan Islam.
"Tetapi jika berlaku fanatik kepartian yang menjadikan seolah-olah parti itu matlamat, dan matlamat sebenar kita lupai, itu boleh menyebabkan umat Islam akan tersasar daripada apa yang mereka sepatutnya lakukan mengenai tanggungjawab mereka terhubung dengan politik,” beliau berkata.
Dalam konteks politik negara, beliau melihat persaingan yang sihat antara PAS dengan UMNO.
Persaingan sihat itu katanya secara tidak langsung memberi peluang kepada umat Islam membuat keputusan memilih pemimpin terbaik.
Tegas beliau kedua-dua parti juga perlu bekerjasama menyelesaikan sebarang isu berbangkit demi kepentingan agama dan umat Islam.
#PAS #Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin #UMNO
;