Jangan campur aduk ikut selera anak raja, nanti huru-hara rakyat - Rais Yatim

Sinar Harian
April 28, 2019 20:37 MYT
Menerusi ciapan di laman Twitter beliau, Rais mendakwa Tunku Ismail banyak berbicara perihal politik. -Gambar fail
Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan ‘lebih baik tukar perdana menteri’ dititahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menerusi ciapan di laman Twitter beliau, bekas menteri kanan itu mendakwa Tunku Ismail banyak berbicara perihal politik.
Bahkan, Rais turut meminta baginda menghentikan sindiran mahukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diganti kerana ia adalah hak rakyat biasa.
BACA: TMJ boleh ditukar, PM cuma rakyat boleh tukar - Tun M
“Kalau mahu cakap politik, sila daftar masuk parti politik. Lopak raja lain. Ruang politik lain.
“Jangan campur aduk ikut selera anak raja saja. Nanti huru-hara rakyat. Tolong waras,” tulis beliau.

TMJ banyak cakap politik. Tolong rentikan sindir mahukan PM diganti. Itu hak rakyat biasa. Kalau mahu cakap politik sila daftar masuk parti politik. Lopak raja lain. Ruang politik lain. Jgn campuraduk ikut selera anak raja saja. Nanti huruhara rakyat.Tolong waras.

— RAISYATIM (@DrRaisYatim) April 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan kenderaan TMJ beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor, selepas perlawanan bola sepak membabitkan JDT dan kelab dari China, Shandong Luneng.
Ketika kenderaan baginda melalui sekumpulan penyokong JDT, seorang individu melaungkan ‘Tukar Mora’ yang merujuk kepada Jurulatih JDT, Benjamin Mora.
Kenderaan yang membawa TMJ kemudian berhenti seketika dan dari dalam kenderaan tersebut, baginda kemudian bertitah:
“Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri,” titahnya seraya disambut ketawa hadirin yang berada di sana.
#hentikan sindiran #JDT #Mahathir Mohamad #Rais Yatim #Sultan Ibrahim #Tolong waras #Tunku Ismail #Tunku Mahkota Johor
;