Rakyat perlu memberi peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Negara-Ku yang ditubuhkan aktivis pembangkang, Datuk S. Ambiga untuk 'beroperasi' sebelum menilai sebarang kesan kepada negara.
Penasihat Kerajaan Hal Ehwal Sosial dan Budaya, Tan Sri Rais Yatim berkata, tiada siapa berhak dan boleh memandang negatif terhadap usaha mana-mana pihak yang ingin menubuhkan sesuatu pertubuhan sebelum ia dibuktikan membawa sebarang kemudaratan kepada masyarakat.
"Kita tidak boleh buruk sangka terhadap mereka yang menubuhkan sesuatu persatuan. Biar dia 'jalan' dahulu kemudian rakyat akan nilai.
"Mungkin dia ada program membina. Pendaftar Pertubuhan (ROS) tentu sudah menyemak tujuan penubuhannya," katanya kepada Astro AWANI di sini.
Sebelum ini Rais sebagai dipetik di dalam portal UMNO Online melahirkan rasa khuatirnya berhubung kewujudan NGO Negara-Ku yang disifatkan untuk menyambung peranan NGO sebelumnya seperti Bersih dan Interfaith Council (IFC).
Jelas Rais, NGO berkenaan hanya cuba mendesak rakyat menerima pemikiran liberal yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini.
Pada 10 Julai, Negara-Ku ditubuhkan dengan penyertaan 68 buah NGO.
Negara-Ku bermaksud Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia diasaskan Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
Ia menggunakan tajuk lagu kebangsaan iaitu 'Negaraku' sebagai melambangkan memperjuangkan semangat dan hasrat yang terdapat dalam senikata lagu tersebut yang dicipta pada 1971.
Sejak penubuhannya, Negara-Ku mendapat kecaman hebat daripada beberapa NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).
Wan Syamsul Amly
Wed Jul 16 2014
![Jangan buruk sangka pada Negara-Ku - Rais Yatim Jangan buruk sangka pada Negara-Ku - Rais Yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61383038417_295x200.jpg)
Jangan buruk sangka pada Negara-Ku - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![A. Samad Said nafi bersembunyi kerana insiden 'Sang Saka Malaya' A. Samad Said nafi bersembunyi kerana insiden 'Sang Saka Malaya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/51377315831_295x200.jpg)
A. Samad Said nafi bersembunyi kerana insiden 'Sang Saka Malaya'
Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said menafikan bahawa beliau bersembunyi dan melarikan diri dari polis berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam Ambang Merdeka.