Jangan biasakan atau terima Kerajaan 'Pintu Belakang' - Bersih 2.0
Astro Awani
Februari 25, 2020 01:31 MYT
Februari 25, 2020 01:31 MYT
Kerajaan 'pintu belakang' langsung tidak boleh dianggap sebagai kebiasaan dan diterima dalam arena politik negara.
Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann berkata perbuatan ini akan memusnahkan kepercayaan masyarakat dalam demokrasi.
"Pertama sekali, kita tidak boleh menerima kerajaan 'pintu belakang' kerana jika ia diterima, ia akan memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap proses demokrasi.
"Mengapa lagi perlu undian dalam Pilihan Raya Umum sekiranya akhirnya, perkara ini akan berubah.
"Perkara Ini harus ditolak dan satu-satunya cara untuk melakukannya adalah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum jika Pakatan tidak dapat mereformasikan diri mereka sebagai kerajaan.
Beliau berkongsi pandangan tersebut dalam sesi Consider This pada Selasa malam.
#Consider This
#Mahathir Mohamad
#Pengerusi Bersih 2 0
#pilihan raya umum
#pintu belakang
#politik
#Thomas Fann