Jangan berselisih, bersatu hati bangunkan negeri - Titah Sultan Johor

Siti Hajar Jamaludin
April 25, 2019 19:32 MYT
Sultan Ibrahim menyeru kepimpinan baharu untuk bersatu hati demi kebajikan rakyat. - Sumber foto IG @officialsultanibrahim
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menggesa Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memberi tumpuan kepada ikhtiar pembangunan dan kemajuan negeri itu selepas pelantikan diadakan pada Khamis.
Menerusi entri di laman Instagram rasmi @officialsultanibrahim, Baginda menyeru kepimpinan baharu untuk bersatu hati agar kebajikan rakyat lebih terjamin dan bertambah baik.
“Kepimpinan baharu harus bersatu hati dan melipat gandakan usaha agar kebajikan serta kepentingan rakyat Johor ditambah baik dan sentiasa terbela,” menurut titah Sultan Johor.
Titah baginda lagi, jika ada sebarang perselisihan faham antara negeri Johor dan kerajaan pusat para pemimpin perlu ketepikan sebarang perbezaan.
Sebaliknya, lebih baik jika mengadakan perjumpaan bersama-sama agar perselisihan faham itu dapat dielakkan dalam satu perbincangan.
“Eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat,” ujar baginda lagi.
Baginda juga menyeru semua penduduk Johor bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kemajuan negeri tersebut.
#Instagram #keraaan pusat #Negeri Johor Darul Takzim #penduduk Johor #Perselisihan Faham #rakyat #Sultan Ibrahim Iskandar #Sultan Johor
;