Jangan berhenti sehingga pesawat ditemui - Voice 370
Astro Awani
April 15, 2015 01:03 MYT
April 15, 2015 01:03 MYT
Kumpulan Voice 370 merayu agar pencarian pesawat MAS MH370 diteruskan demi keselamatan industri penerbangan agar langkah pembaikpulihan dapat dilakukan bagi mengelak kejadian sama berulang.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, kumpulan yang mendakwa mewakili waris mangsa pesawat itu juga meminta pihak-pihak berkaitan agar terus memberikan sokongan dan dana supaya siasatan dapat diteruskan.
Rayuan itu antara lain ditujukan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pemimpin seluruh dunia, organisasi berkaitan industri penerbangan termasuk Boeing dan Airbus, juga Australia, China dan Malaysia.
Menurut kumpulan itu, hanya dengan meneruskan usaha pencarian ini, pasukan penyiasat akan dapat mengenal pasti apa yang berlaku kepada pesawat terbabit, sekali gus menamatkan segala kepiluan dan kesengsaraan yang dialami kaum keluarga dan sahabat handai.
ARTIKEL BERKAITAN