Jangan ambil mudah soal pilih calon
Astro Awani
Januari 26, 2013 11:20 MYT
Januari 26, 2013 11:20 MYT
Pakatan Rakyat masih menempuh laluan sukar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang kerana pembangkang perlu menangi 60 sehingga 70 kerusi jika mahu menawan Putrajaya.
Menurut pandangan bekas pengarang berita, Tan Sri Abdullah Ahmad, ini tidak bermakna Barisan Nasional (BN) harus berada dalam zon selesa kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika pemilihan calon dipandang remeh.
“Kriteria dan seseorang calon yang dipilih pimpinan parti itu memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan kerana pengundi kini lebih mementingkan kredibiliti calon dan bukan lagi lambang parti,” kata Abdullah.
Beliau berkata demikian semasa memperkenalkan buku tulisannya berjudul “Berani Tanpa Segan” yang memaparkan pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Pengarang New Straits Times (NST) menerusi sesi temubual di Agenda Awani.
Selain memperjuangkan bahasa, penulisannya turut mengulas tentang politik, hal ehwal semasa dan bangsa.